Sumbangan Ikhlas dari Presto, Serai, dan Rakyat Malaysia buat Hero-Hero Barisan Hadapan

 

Presto dengan kerjasama Serai Group telah melancarkan satu program CSR iaitu Presto Prihatin #PrestoCares ‘Donate A Meal'. Program CSR ini bertujuan untuk meringankan beban petugas-petugas barisan hadapan terutamanya RELA dan APM yang bertungkus-lumus bekerja demi memastikan penyebaran wabak COVID-19 dapat dibendung. Dengan setiap RM10, anda mampu menyumbang sebungkus makanan berserta minuman buat petugas barisan hadapan.

Segala hasil kutipan daripada program CSR ini akan disalurkan secara berperingkat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cawangan Klang. Sumbangan pertama telah dilakukan pada hari Jumaat bersamaan 10 April 2020 dimana turut hadir untuk upacara penyampaian sumbangan adalah Ketua Pegawai Operasi Presto, Ms. Jenny Tay, Pengarah Serai Group, Encik Mohd Najib Abdul Hamid dan wakil daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Encik Khairul Atha bin Annuar.






Sumbangan yang diterima akan diagihkan kepada petugas-petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA cawangan Klang sebelum mereka memulakan tugas untuk mengedarkan bantuan makanan di beberapa lokasi di Klang, antaranya Meru, Kapar, Sungai Udang, Bukit Tinggi, Bayu Perdana, Sungai Pinang, Pulau Indah, dan Selat Klang.

Program CSR yang bermula dari 7 April 2020 telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Pihak kami telah berjaya mengumpul lebih daripada 500 pesanan makanan dalam masa dua hari untuk disediakan buat petugas- petugas barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sumbangan makanan ini akan dihantar setiap Isnin hingga Jumaat bermula minggu hadapan dan akan berterusan selagi mandapat sambutan daripada rakyat Malaysia.

Bagi anda yang ingin mengambil bahagian dan menderma makanan buat petugas barisan hadapan, sumbangan anda boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

1. Muat turun aplikasi Presto dan tekan pautan ‘Donate A Meal'

2.   Pilih 1 daripada 3 menu yang disediakan
3.   Isikan butiran e-mel anda dan tekan ‘check out’
4.  Terima kasih, pesanan anda telah kami terima dan kami akan menghantar sumbangan makanan anda kepada pihak JKM


Setiap sumbangan yang dihulurkan amatlah bermakna dan kami berharap agar anda terus memberi sokongan yang penuh kepada kami.

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada anda yang turut serta menyumbang makanan bersama kami untuk diagihkan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi membantras penularan wabak COVID-19. Anda merupakan Wira Negara.

Klik sini untuk menderma makanan:



#PrestoPrihatin
#PrestoCares
#Donateameal
#food4frontliners

--------------
Download Presto App now: